Friday, November 5, 2010

Pidato : Pengguna Lestari, Alam Sekitar Terjaga Rapi

Hadirin hadirat sekalian,
Andai terbentang lautan api, berenang juga saya kemari. Bukan untuk meninggi diri, sebaliknya untuk sama-sama kita hayati mauduk pidato yang berbunyi Pengguna Lestari, Alam Sekitar Terjaga Rapi.
Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera, salam 1 Malaysia buat anda pengguna bijak. 1 pengguna 1 suara, apa khabar semuanya?

Tujuan utama tegak segaknya saya disini bukanlah sekadar omongan kosong semata-mata sebaliknya bagi mengupas satu demi satu helai demi helai satu isu yang saya kira telah menjadi baying-bayang kita sejak dahulu lagi Pengguna Lestari, Alam Sekitar Terjaga Rapi.

Terus kepada pendefinisian tajuk kita pada hari ini. Akta Perlindungan Pengguna 1999 menyatakan pengguna sebagai individu yang menggunakan barangan atau perkhidmatan. Dewan Bahasa Dan Pustaka pula menakrifkan Lestari sebagai kekal atau tidak berubah. Kamus Geografi secara umunya menyatakan alam sekitar sebagai kawasan persekitaran tempat manusia menjalani kehidupan. Manakala terjaga rapi saya takrifkan sebagai terpelihara dengan baik.

Justeru secara konseptualnya, tajuk kita pada hari ini membicarakan perihal pengguna bijak yang menggunakan barangan atau perkhidmatan dengan tidak melakukan kerosakan terhadap alam sekitar. Tuntasnya ia menuntut kita memahami tanggungjawab pengguna terhadap alam semulajadi melalui  tonggak kelapan hak pengguna iaitu mendapat alam sekitar yang bersih lagi selamat. Prolog kronologi saya pada hari ini berpaksikan langkah-langkah yang harus dilaksanakan pengguna lestari dalam memelihara alam semulajadi berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan iaitu : sokongan kepada kempen alam sekitar, mengehadkan penggunaan bahan kimia, menanam dan mengurangkan penebangan pokok dan yang terakhir mengelakkan pembakaran terbuka.

Pertama,
Sokongan serta melibatkan diri dalam kempen alam sekitar

Apabila berbicara soal kempen kita tidak boleh lari membincangkan konsep kempen itu sendiri iaitu memupuk kesedaran. Anologinya begini, andaikan kesedaran sebagai sistem pernafasan kita, sekiranya sistem ini terhenti maka kita akan mati. Dalam erti kata lain alam sekitar akan binasa. Pelaksanaan kempen yang berterusan melalui media massa dan elektronik  seperti Cintai Sungai Kita, Tabiat Tak Apa Bumi Binasa dan Kempen Kitar Semula cukup membuktikan bahawa ia merupakan wadah pendidikan pengguna terpenting. Selain itu, kempen Earth Hour yang telah dilancarkan pada tahun 2009 diseluruh dunia turut menjadi bukti bahawa ia dapat memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Maka jelas disini bahawa pengguna lestari sentiasa memberi sokongan serta melibatkan diri terhadap kempen alam sekitar,

Kedua,
Mengehadkan penggunaan bahan kimia

Agensi Alam Sekitar Eropah menyatakan  kira-kira 12 % masyarakat Kesatuan Eropah terdedah kepada risiko dijangkiti penyakit berpunca daripada organisma dan bahan pencemaran yang berlebihan. Dapatan kajian Sharifuddin M Zain pula menunjukkan bahawa Pola Umum Indeks Kualiti Air (WQI) sungai-sungai di Malaysia termasuk Sungai Pinang di P. Pinang menunjukkan penurunan yang ketara. Melihat akan keadaan yang membimbangkan ini jelas menunjukkan peranan yang perlu dimainkan pengguna lestari iaitu mengehadkan penggunaan bahan kimia. Cuba elakkan menggunakan produk yang mengandungi Melamine  dalam isi rumah anda jika tidak mahu dijangkiti kanser!.

Ketiga,
Menanam dan mengurangkan penebangan pokok.

Lelaki atau perempuan, tua atau muda, miskin atau kaya, timur atau barat, utara mahupun selatan kita semua berhak menikmati pembangunan lestari. Persidangan Kemuncak Bumi 2002 di Afrika Selatan telah dilaksanakan bertujuan memperkukuh usaha-usaha pembangunan lestari dengan meminimumkan pemusnahan serta pembasmian hutan. Usul yang telah disepakati umum ialah menanam dan mengurangkan penebangan pokok. Justeru ingin saya lontarkan kepada anda satu persoalan sanggupkah anda melihat alam sekitar terus diterokai dan dinodai? Renung-renungkan. Maka bertindaklah secara local dan berfikir cara global. Wahai pengguna lestari, Anda mampu mengubahnya!

Yang terakhir,
Mengelakkan pembakaran terbuka

Kita semua mengetahui lagi memahami pelepasan karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida serta pelbagai gas lain menyumbang kepada pencemaran. Tetapi mengapa seringkali kita terlupa? Pembakaran terbuka yang saya dan anda lakukan atas nama pembersihan kawasan merupakan penyumbang utama kepada penghasilan gas-gas tersebut. Lihatlah masalah jerebu yang kita alami tidak lama dahulu berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka dari negara jiran, Indonesia. Maka selaku pengguna lestari katakan tak nak pada pembakaran terbuka!

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga, menyumbang usaha, bersatu suara, mengubah minda keluar dari buta, bisu, pekak dan tuli akan hak serta tanggunjawab kita sebagai pengguna lestari yang memelihara alam sekitar. Semoga kesedaran kuasa pengguna kita pada hari ini memberi ruang dan peluang untuk anak-anak kita menari, menyanyi, dan hidup didalam iklim harmoni. Sekian terima kasih.  

                             _____________________________________


Pidato ini disampaikan admin pada Sambutan Bulan Kepenggunaan anjuran Kementerian Koperasi Dan Kepengunaan di Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu.

Monday, October 11, 2010

Profesional lemah

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Alhamdulillah semalam selesai satu lagi majlis yang dihoskan oleh saya bersama-sama teman dalam BKS Al-Ghazali (satu badan dakwah di IPGKTB). Majlisnya dinamakan Jalinan Kasih Aidiltfri bertujuan khusus meraikan sahabat-sahabat yg telah terlibat dengan usrah. Hari saya bangun pagi dalam keadaan yg letih & lesu. Rasa berdosa rasanya, baru buat kerja agama sikit sudah mengeluh. Dalam keadaan letih dan lesu saya gagahi badan ini untuk membaca akhbar. Biasalah rutin hujung minggu saya. Setiap pagi hari minggu pasti mencari gosip-gosip baru  yg boleh dijadikan modal. Sedang membelek-belek tajuk utama tiba-tiba saya temui sesuatu yg mencuri perhatian. Lalu saya kongsikan untuk renungan bersama..

 

Golongan profesional tidak mampu beri syarahan awam
Oleh Sukhairi Abd Thani
sukhairi@bharian.com.my
2010/10/10

Kumpulan dewasa terutama Melayu lemah asas komunikasi

KUALA LUMPUR: Golongan dewasa termasuk daripada kalangan profesional, terutama Melayu masih mempunyai kelemahan komunikasi asas iaitu dalam penyampaian syarahan awam.
Pengerusi Penaja Pertubuhan Akademi Membaca Malaysia (PAMM), Prof Dr Yousof Md Yasin, berkata ia berbeza dengan kaum atau rakyat negara lain yang mampu menangani masalah berkenaan dan mempunyai tahap kemahiran bertutur yang tinggi.
“Ciri yang menjadikan sesebuah negara itu maju ialah rakyatnya mampu tahan dengan segala dugaan.. perasaan malu sepatutnya tidak ada, yang penting ialah berjaya menjadikan seseorang itu percaya kepada dirinya.

“Ini adalah ciri yang kita boleh lihat di Amerika... jurujual atau pegawai pemasarannya mempunyai ciri berkenaan dan sebab itulah apa juga produk Amerika dapat dijual,” katanya pada sidang media sebelum memulakan mesyuarat PAMM, di sini semalam.

Justeru, katanya, PAMM mempunyai cadangan mewujudkan pusat komuniti di
seluruh negara untuk memberikan kemahiran terbabit kepada setiap lapisan masyarakat bagi membolehkan mereka menyampaikan maklumat dengan sempurna.
“Kita boleh melatih pegawai kerajaan atau swasta untuk menyampaikan maklumat secara lisan atau bertulis. Untuk itu, mereka perlu menyediakan maklumat dan bentangkan maklumat itu dengan menggunakan kaedah yang dapat meyakinkan orang,” katanya.

Mengenai PAMM, beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu akan dilancarkan Disember ini dengan menyasarkan lebih 100,000 keahlian dari seluruh negara bagi mencapai membantu kerajaan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Katanya, PAMM juga mempunyai cadangan mengadakan kerjasama dengan Berita Harian untuk mengedarkan surat khabar berkenaan ke sekolah di kawasan pedalaman bagi meningkatkan kadar literasi negara.

_______________________________________________________



P/s : Penjelasan lanjut  carilah saya..

Wednesday, October 6, 2010

kenapa saya suka pidato??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Hari semalam ada sesuatu yang mengajar diri saya. Buat pertama kalinya ada permintaan dari individu yang amat saya hormati. Permintaan yg dibuat, bukan calang-calang bagi saya. Teramat tinggi pengharapan yang diberikan. Beliau meminta saya menyampaikan taujihad kepada sekalian sahabat-sahabat usrah. Bukanlah maqam saya untuk memberi taujihad kepada sekalian sahabat usrah yang punya ilmu serta kefahaman terhadap Islam yang jauh lebih mendalam berbanding saya yang sarat dengan dosa-dosa. 

Dengan penuh rasa tanggungjawab saya menerima amanah yang dipinta. Namun pelaksanaan taujihad tersebut saya ubah dengan sekadar selingan. Kebetulan saya dikehendaki menyampaikan taklimat berhubung Jamuan Aidilfitri 1431 H kepada sekalian sahabat-sahabat usrah. 

_____________________________________________________

 Ya, memang saya suka berpidato. Bukan kerana saya suka mengejar populariti jauh sekali meninggi diri. Mana mungkin saya mengejar populariti sedang ia boleh saya kecapi dengan cara yang jauh lebih mudah untuk saya kecapi. Saya suka berpidato kerana mahu berkongsi. Berkongsi apa yang telah Allah swt kurniai kepada diri ini. Saya juga suka berpidato kerana .......................

Pidato pentas politik tetap mampu goncangkan dunia
: Oleh Imlan Adabi

TRADISI lisan sebahagian daripada proses sistem komunikasi. Sejak manusia mengenal cinta, seks dan kehidupan, lisan memainkan peranan penting untuk menentukan peraturan hidup.

Tradisi lisan juga sebahagian daripada pencorak sejarah hidup manusia bermasyarakat. Sebelum era tulisan dan penulisan batu bersurat, lisan menjadi perantara sesama manusia berhubung dan berkomunikasi.
Sebelum 1799, tradisi lisan tidak lebih sekadar berhubung dan berkomunikasi. Hanya apabila Napoleon Bonaparte tampil sebagai penggerak politik di Perancis dan Eropah, lisan menjadi senjata yang lebih agam. Lisan menjadi keperluan utama untuk menyebarkan ceramah dan dogma politik.
Ideologi pada era politik moden mula terbentuk. Ceramah politik bertebaran dengan pelbagai citra dan nawaitu. Ketika mengetuai tentera menjelajah Eropah, Napoleon kerap berpidato mengenai kesatuan Eropah dan kekuatan Perancis sebagai sebuah bangsa berdaulat.

“Kita runtuhkan pergunungan Alps!” serunya ketika tentera mula menjelajah Portugal, Itali dan bahagian utara Sungai Elbe pada 1807.

“Kita bina Perancis berdaulat” cetusnya pada satu majlis ceramah. Ada pendapat menyatakan Napoleon penceramah hebat dan boleh menggerakkan tenteranya yang lesu serta cedera untuk terus berjuang dan berperang tanpa mengira kesakitan.

Adolf Hitler (20 April 1889-30 April 1945) juga pemidato hebat. Pemimpin Nazi yang tegas memerangi pendatang Yahudi di Jerman bukan sekadar handal berceramah, juga rajin membuat kajian sebelum tindakan dilakukan. Sebelum membunuh bangsa Yahudi, dia menggunakan pentas pidato untuk mendedahkan keburukan Yahudi dan alasan bangsa itu perlu diusir dari muka bumi.
Hitler juga mengkaji sejarah Yahudi seperti tercatat dalam al-Quran dan Injil, sebelum memulakan aksi ketenteraan. Pada satu majlis ceramah yang dihadiri 100,000 penyokong Nazi, Hitler membakar semangat bangsa Aryan dengan mendakwa Yahudi bakal menakluki dunia dalam tempoh 20 tahun. Hari ini telahan kejayaan Yahudi menjadi kenyataan.

Kehebatan pidato Hitler membentuk tradisi ceramah yang lebih panjang. Dia berjaya membuat road show, bukan sekadar memburu bangsa Yahudi, bahkan menyemai cita-cita besar untuk menawan dunia. Pidato dan ceramah politik Hitler tercatat dalam sejarah antara perangsang berlaku Perang Dunia Kedua.

Di Asia Tenggara pula, kehebatan Sukarno dan Tan Sri Mohamad Asri Muda di pentas ceramah menjadi tumpuan massa. Sukarno yang menjeritkan ‘ganyang Malaysia’ ketika konfrontasi Malaysia – Indonesia memberi impak yang besar. Dia bukan saja mahir berhujah di podium, juga mahir bersajak, berfalsafah dan bermantera hingga melenakan warga Indonesia daripada tugas hakiki.

Ada pemerhati politik menyatakan Sukarno hanya hebat di pentas ceramah politik dan skandal peribadi, tetapi jahil mentadbir negara.

Dia hero di mata jutaan rakyat Indonesia yang hidup kelaparan dan melarat. Dia menjadikan ceramah untuk menguasai massa, ketika ramai lagi rakyat yang hidap gelandangan dan bobrok.

Di Malaysia pula, Asri pemidato hebat yang tiada tandingan dan karismanya membantu PAS mentadbir Kelantan selama 18 tahun sehingga 1978. Ketika tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Asri begitu petah berhujah. Ceramah politik dipergunakan sepenuhnya untuk kekal berkuasa dan Asri tokoh yang mahir berfalsafah, bersajak dan berhujah di khalayak.

Dia juga penulis sajak dan cerpen. Kemampuan bersastera membentuk lidah seninya yang boleh mencairkan jiwa peminatnya.

Ketika menentang Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan (1967) di Dewan Rakyat pada Mac 1967 di depan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Asri berhujah: “Akhirnya, Tuan Yang Dipertua, saya berani menyatakan di sini bahawa tentulah bangkangan yang saya kemukakan ini akan ditindas atau akan dikalahkan dengan jumlah kepala penyokong kerajaan dalam Dewan ini nanti....” KERANDA 152: Halaman 20).

Kelunakan suara dan kepetahan membentuk hujah menjadi inspirasi politik Asri. Hari ini ramai ahli PAS yang menguasai pentas ceramah dengan pelbagai gaya dan nada. Tentunya tradisi lisan bentuk baru menjadi sebahagian daripada citra siasah masa kini.

Road show dan pentas politik berjalan sehala. Pendengar atau pengikut ceramah politik disogokkan dengan hujah yang pelbagai. Tanpa peluang untuk menilai kebenaran, pendengar ceramah politik boleh terpedaya dengan sesuatu hujah. Kebenaran, ada masanya terlalu sukar dimanfaatkan dalam majlis ceramah.

Lazimnya yang terbanyak ialah tohmahan, fitnah dan tuduhan liar. Semakin tinggi nada penceramah, semakin galak pengikut dan pendengar berteriak, bertepuk tangan atau bertakbir: Allahu Akbar!

Dunia tentunya boleh berterima kasih kepada Napoleon, Hitler, Sukarno dan Asri kerana membentuk tradisi lisan baru. Tanpa mereka, pentas politik mungkin hambar.. Tanpa mereka juga, mungkin dunia kurang bergolak dengan harapan dan cita-cita.


 __________________________________________________

Mungkin bagi sesetengah orang amat sukar memahami apa yang cuba saya gambarkan melalui perkongsian artikel di atas dengan sebab kenapa saya suka pidato. Tetapi biarlah saya ketidakfahaman itu menghantui. Kerana memang diri saya begini. Menimbulkan permasalahan / isu bukan untuk memberikan jawapan sebaliknya mahu mencetuskan percambahan dalam kotak pemikiran. Akhir sekali KENAPA SAYA SUKA PIDATO?




Note dari http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/qutuz-mokhtar/aku-ingin-bertaubat-tetapi1/442168376461

Aku ingin bertaubat tetapi…(1)

by Qutuz Mokhtar on Monday, October 4, 2010 at 11:48pm
Jangan meremeh-remehkan perlakuan dosa….

« Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya,mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”….(Surah At-Tahrim : 8 )
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan suatu penangguhan kepada hambanya dari ditulis dosa yang telah dibuatnya oleh Malaikat Kiramul Kaatibiin (2) supaya dia sempat bertaubat kepada tuhanya,maka telah berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam :

إن صاحب الشمال ليرفع القلم ست ساعات عن العبد المسلم المخطئ، فإن ندم واستغفر الله منها ألقاها، وإلا كتبت واحدة
« Sesungguhnya malaikat yang disebelah kiri akan mengangkat penanya selama enam jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba muslim yang berbuat kesalahan,jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah dari dosa tersebut maka akan dilemparkan sahaja dosa tersebut,jika dia tidak berbuat demikian,maka akan ditulis sebagai satu dosa » (hadith riwayat Imam At-Thobrani dari Abu Umamah di dalam Al-Kabir)

Janganlah kalian cuba-cuba mempermainkan agama dengan menganggap setiap perbuatan yang berdosa itu sebagai perkara remeh temeh,ataupun cuba mempersoalkan berapakah berat dosa yang kalian telah lakukan ini?? kecilkah ? besarkah ?? sambil melakukan perlakuan dosa tersebut dengan bersahaja tanpa rasa bersalah..

إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه، وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه، فقال به هكذا – أي بيده   -فذهب عنه
« Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (hadith riwayat Imam Bukhari)

Nasihatku kepada setiap insan di luar sana,yang masih lagi terperangkap di dalam jerangkap dosa ciptaanya sendiri agar berusaha memandang berat setiap dosa yang dilakukanya,ingatlah……janganlah dikau melihat akan kecilnya sesuatu dosa itu,tetapi lihatlah kepada siapa dosa yang dikau lakukan itu ??

Syarat-syarat taubat dan pelengkap taubat …

Di antara syarat-syarat taubat yang di perkatakan oleh para ulama’ berdasarkan hadith dan ayat-ayat Al-quran ialah :
(1) Berhenti serta merta daripada dosa yang dilakukan itu
(2) Mewujudkan rasa menyesal di atas perbuatan-perbuatan dosa yang telah dilakukan dahulu (3)
(3) Berazam tidak akan melakukan kembali dosa-dosa terdahulu
(4) Jika dosa yang melibatkan hak insan lain hendaklah dipulangkan semula hak insan tersebut dan meminta ampun dan maaf daripada insan tersebut.
Dan di antara syarat-syarat tambahan kepada syarat-syarat utama di dalam bertaubat ialah :

(1) Hendaklah meninggalkan dosa-dosa tersebut berniat kerana Allah taala dan bukanlah demi perkara lain,seperti meninggalkan sesuatu dosa kerana tiada lagi kemampuan untuk melakukan dosa tersebut,atau kerana takutkan cercaan manusia kepadanya atau kerana ingin memuaskan hati manusia lainya.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana takutkan dosa tersebut akan terkesan ke atas jawatan yang dipeganginya atau takutkan bakal dibuang kerja.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana ingin menjaga kesihatan dan kekuatan badanya,seperti seseorang yang meninggalkan perlakuan zina kerana takutkan penyakit yang bakal menimpanya nanti,atau takutkan yang ianya bakal melemahkan badanya atau kejantananya.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan perbuatan mencuri kerana dia tidak mempunyai alatan-alatan memecah rumah,atau kerana tiada kemahiran membuka peti besi atau kerana takutkan pengawal dan polis.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan meminum arak dan menghisap benda-benda yang mendatangkan gian kerana ketiadaan duit.
Begitulah juga tidak dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa adalah kerana tidak mampu untuk melakukan perkara dosa tersebut,seperti meninggalkan bercakap bohong kerana mendapat sakit di mulut yang menyebabkanya tidak boleh bercakap,atau penzina yang meninggalkan zina kerana tidak mampu lagi untuk melakukan hubungan seks.

(2) Hendaklah mewujudkan rasa benci terhadap dosa-dosa lalu yang telah dilakukan.
Ini kerana orang yang telah bertaubat dengan taubat yang sahih itu tidaklah boleh dia merasa suka bahkan berbangga pula dengan dosa-dosa yang dilakukanya dahulu ketikamana dia teringat kembali dosa-dosanya atau menceritakanya kepada orang lain (atas niat memberi pengajaran),ataupun ada terselit suatu niat ingin kembali melakukan dosa-dosa terdahulu itu.
Sesungguhnya Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu taala ada menyatakan beberapa keburukkan pada melakukan dosa didalam kitab beliau : Ad-Daa’u wad Dawaa’u dan juga di dalam : Al-Fawaied :
(1) Haram dari mendapat ilmu yang bermanfaat
(2) Kemurungan dan wujudnya keresahan yang meresahkan didalam hati
(3) Disusahkan urusan didalam kehidupan seharian
(4) Diharamkan dari berlaku taat
(5) Diharamkan mendapat keberkatan
(6) Kurangnya berasa kedamaian
(7) Disempitkan dada
( 8 ) Membiakkan perkara-perkara buruk
(9) Dibiasakan berterusan melakukan dosa
(10) Dihinakan oleh Allah
(11) Dihinakan oleh manusia lain
(12) Dilaknati oleh segala binatang ternakkan
(13) Diberikan kehinaan
(14) Ditandakan titik hitam di atas hati (4)
(15) Diletakkan di bawah kelaknatan
(16) Terhalang dimaqbulkan doa
(17) Dihapuskan rasa kegembiraan
( 18 ) Dihilangkan rasa malu
(19) Ditarik nikmat dari Allah
(20) Sentiasa merasa takut di dalam hatinya
(21) Tergolong di dalam tawanan syaithan
(22) Mati di dalam keadaan yang buruk
(23) Mendapat azab seksa Allah di akhirat.

(3) Hendaklah seorang hamba Allah yang melakukan dosa itu bercepat-cepatan melakukan taubat kepada Allah,kerana walaupun dia melambat-lambatkan taubat sekalipun,dia tetap perlu bertaubat juga suatu hari nanti,itu pun jikalau dia masih diberikan peluang hidup oleh Allah.
(4) Hendaklah dia mewujudkan rasa tidak cukup atau merasa adanya kekurangan terhadap taubatnya supaya dia dapat memperbanyakkan taubatnya kepada Allah dan janganlah dia mewujudkan rasa yaqin bahawa taubatnya diterima,kerana nanti akan menyebabkan perasaan merasa selamat daripada kemarahan Allah apabila melakukan dosa.
(5) Hendaklah dia memenuhi kembali hak-hak Allah yang telah dia terlepas melakukanya dahulu semungkin yang boleh,seperti mengeluarkan zakat yang terhalang untuk dikeluarkanya dahulu ataupun hak-hak orang faqir miskin.
(6) Hendaklah dia cuba menjauhkan dirinya daripada tempat-tempat yang boleh mendatangkan maksiat kepada Allah kerana dikhuatiri dia akan kembali melakukan dosa itu demi kerana pintunya yang terbuka luas di hadapanya.
(7) Hendaklah dia menjauhkan dirinya daripada insan-insan yang boleh menjuruskanya kembali melakukan maksiat kepada Allah.
(8) Hendaklah dia menghapuskan segala perkara-perkara haram yang masih wujud lagi didalam simpananya seperti benda-benda yang memabukkan,gambar-gambar lucah serta video-video lucah, pakaian-pakaian yang menjolok mata,yang mana semestinya dia menghapuskanya atau membakar kesemuanya,kerana kebanyakkan manusia-manusia yang telah bertaubat tidak dapat beristiqamah di dalam bertaubat kepada Allah adalah kerana masih ada lagi perkara-perkara haram ini di dalam simpananya,semoga Allah memberikan jalan istiqamah kepada setiap insan yang bertaubat…
(9) Hendaklah dia memilih rakan-rakan yang soleh dan baik akhlaqnya yang boleh menolongnya mencari jalan keredhaan Allah sebagai mengganti rakan-rakanya yang lama yang boleh mengajaknya kembali kepada dosa-dosa lamanya.
Begitu juga hendaklah dia cuba menghadiri majlis-majlis zikir kepada Allah ataupun majlis-majlis ilmu yang bermanfaat agar dapat mengisi masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah supaya tidaklah dapat syaithan itu mencari peluang membisikkan kepadanya agar teringat kembali dosa-dosa lamanya.
(10) Dan yang paling penting…Hendaklah dia cepat-cepat bertaubat sebelum Al-Ghargharah dan juga sebelum terbitnya matahari dari sebelah Barat 

Apakah Al-Ghargharah itu ?? : iaitu suatu suara yang terkeluar daripada kerongkong di saat roh ditarik keluar daripada jasad yang bermaksud hendaklah dia bertaubat sebelum datangnya qiyamat kecil dan qiyamat besar berdasarkan hadith dari rasulullah sallallahu alaihi wasalam :
من تاب إلى الله قبل أن يغرغر قبل الله منه

« Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum datangnya Al-Ghargharah maka akan diterima Allah akan taubatnya » (hadith riwayat Imam Al-Haakim di dalam Al-Mustadraak yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh  Imam As-Suyuthi)
من تاب قبل أن تطلع الشمس من مغربها تاب الله عليه

« Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari sebelah Baratnya,maka akan diterima Allah akan taubatnya » (hadith riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh Imam As-Suyuthi)

Tuesday, October 5, 2010

Surat anak usrah utk naqibnya..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Bilik 16/1
Kolej Sejahtera
Universiti Selatan Malaysia                                                
378600 Tampin
Negeri Sembilan

kehadapan akhi naqib yg tercinta. Apa khabar? diharapkan akhi chat sentiasa. Ana di sini Alhamdulillah chat. masih lagi dikurniakan Allah Taala utk bernafas di muka bumi nie. Ana x pasti nape Allah bg jugak ruang kt ana utk bernafas lagi sedangkan dh banyak syariat-Nya ana langgar. Ana tringat dlu akhi penah kate Allah e2 Maha Penyayang sbb e2 diberi manusia ni ruang hidu0p di bumi tnpe minx byaran walau RM 0.10 pun. Murahnya kasih dan syg Allah.

Masa mule2 ana duk dtg usrah pun akhi  ckp hebatnya kasih syg x dpt kite tandingi. Klu nk tgok pulak makhluk yg penuh kasih syg tgok Nabi Muhammad saw. Mcm e2 gak lar sepatutnya kite manusia yg beragame Islam nie.. Akhi nk tw x, mase mule2 ana dtg usrah hati ana sebenrny xbpe suke. Maklum lar tiap2 minggu kne dtg wat pjmpaan. Duduk kt pusat islam dri kul 9 smpi 1030 mlm dgor je ap akhi ckp. Abis2 dgor akhi jamu ana dgn kwn2 len dgn air. Kadang2 akhi belanje ktorg dgn cucur udang yg akhi bli kt kedai makan dpn tapak pasar malam. Dengan rasuh yg xsberape 2 hati ana mule tertarik.Pandai sungguh akhi pikat hati ana.

Ana jugak ingt mase bulan 8 tsemster lpas sbelum cuti akhi sempt wat suprise sempena birthday ana. Sgt terharu. Lpas je clbrte akhi bwak ktorg anak2 usrah g men futsal kt Safira planet. Begitu la rutinnya tiap kali ad smbutan birthday kwn2 usrah yg len. ana dh mule rse usrah ni sebahagian dri khidupan ana. Bile smpai mase je ringan rse kaki ni melangkah ke Pusat Islam utk usrah.Rase asyik sgt.

Tapi 2 semua ny dlu..time mule2. Skrang dh xd. Semuany xd. Mkn cucur udang, suprise birthday, men futsal n sumeny xd. Sebab ap xd? Sbb akhi kte usrah kite bubar. Akhi cbok nk wat assignment. Akhi byk komitmen. Pegang jwtn dlm MPP pas2 nk wat reasearch pasal tesis taun akhir. Akhi ckp akhi x punye mase rehat. Akhi dh letih. Yg pelikny nya ad pulak mase utk akhi pegi tgok wayang dgn shery budak junior yg bru msuk 2.. Ops, maapkan ana..ana tlupe dy kn adik angkt akhi..

Xp lar..e2 kn hal pribadi akhi. Ana xnk msuk cmpur. Cume ana cadangkn klu akhi nk nek moto ngan Shery si junior 2 hati2 coz skang HeP tgh wat operasi. Ok lah akhi, aseny ckup kot surat rindu  ana nie..Mungkin akhi geli tp ana x kisah coz Allah pun syg pd makhluknya..


salam dri anak usrahmu,
Fathi Yakan

                                                                                                                        

Nak isi masa lapang....Nak jiwa tenang..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..

Kadang-kadang saya merasakan diri ini penuh dengan kekosongan waktu, dalam kata lain terlampau banyak masa lapang. Mungkin inilah harga yang perlu saya bayar sebagai penuntut IPG.

Eh2, kenapa pula? Bukankah sepatutnya muslim itu masanya sentiasa sibuk diisi dengan perkara yg bermanfaat?

Tiba musim assignment saya rasa gelisah. Sepanjang semester saya enjoy tahu2 dihujungnya ada pula assignment. Meluat betul dengan lecturer seorang nie.

Gelisah itu ada penawarnya. Bukankah dalam Islam setiap perkara ada penawarnya?

Tiga tahun lalu sewaktu saya masih menutut di sebuah sekolah di selatan Perak, ada sesuatu yang pihak pentadbir lakukan bagi mengisi masa lapang kami yang bergelar pelajar. Dan ada sesuatu yg pelajar-pelajarnya amalkan untuk tenang jiwanya. Al-Mathurat !! Ya, baca lah Al-Mathurat !!

Lembutkanlah lidahmu dengan alunan zikir memuji Allah swt dan Rasul-Nya dengan zikir Al-Mathurat susunan Sheikhul Ikhwan Muslim Hassan Al-Banna

Bodohnya diri ini. Kenapa tak amalkan apa yg pernah di amalkan?.

Tunggu bila nak amalkan balik?

Sekarang lar..

Macam mana?

Klik je sini

Macam mana sekarang? Mulai hari ini saya NAK ISI MASA LAPANG...NAK JIWA TENANG   saya akan amalkan AL-MATHURAT. Ini azam saya.

Ya Allah, Jangan Kau bolak-balikkan hati ini setelah Kau memberirahmat dan hidayah keatasnya. Kurniakan aku kekuatan untuk terus memperingatiMu dalam setiap laku ku.

Thursday, September 30, 2010

dia cita-cita saya..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Lama saya "bercuti" daripada menggerakkan diri untuk duduk semeja berbincang, berdiskusi mendapat nasihat dari individu yang amat saya hormati jalan juangnya. Lagak beliau tak ubah seperti seorang teman sekalipun beliau usia beliau punya jurang yg agak lebar dengan diri ini. Selaku pemegang status Pensyarah yang bergelar Doktor(Ph D) sepanjang pengenalan saya dengan beliau tidak pernah lagsung beliau meninggi diri. Kali ini atas nama pertemuan bersama pimpinan, saya bersama sahabat-sahabat  bertemu dengan beliau. Selaku mantan siswa yg tegar memperjuangkan kalimah tauhid nasihat  beliau berkisar heraki dalam kehidupan jamaah. Dalam memberi nasihat perihal heraki beliau tidak pernah mengenepikan aspek kesufian, bertambah penghormatan saya terhadap beliau. Ada sesuatu yg menarik perhatian saya bersama seorang sahabat dalam pertemuan dengan beliau kali ini. Kisah as-syahid Sayyid Qutb diangkat sebagai pembakar semangat  kami anak-anak muda yang baru sahaja belajar menjejak kaki dalam ruang perjuangan memegang title da'ei. Selesai pertemuan dengan beliau tergerak hati saya mencari kisah as-syahid Sayyid Qutb. Alhamdulillah, hari ini saya dipertemukan dengan artikel berkenaan as-syahid Sayyid Qutb. Maka saya kongsikan artikel tersebut yg saya ambil dari  sini.

Wacana Memperingati as-Syahid Sayyid Qutb
Riduan Mohamad Nor   
As-Syahid Sayyid Qutb (29 Ogos 1966-29 Ogos 2010)

Ramadhan dinobatkan sebagai bulan pengampunan, bulan Al Quran juga bulan jihad dan pelbagai gelaran yang mengambarkan kebesaran dan kemuliaan penghulu bulan ini.Ramadhan tahun ini yang berlangsung di bulan Ogos juga tidak sepi daripada peristiwa penting di langit sejarah, antaranya pembunuhan kepada tokoh besar perjuangan Islam di abad moden iaitu Syed Qutb.

Syed Qutb ialah satu nama besar dalam sejarah pemikiran gerakan Islam pada abad ke 20. Sejak kematiannya pada tahun 1966, karya-karyanya telah disebarkan dan menjadi inspirasi kepada pendokong-pendokong gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia. Ianya telah menawan pemikiran dan komitmen generasi muda Islam untuk bekerja untuk Islam.
Nama sebenar Sayyid Qutb ialah Sayyid Qutb Ibrahim Hussain Shazali dan beliau berasal daripada keluarga yang berada dan dihormati di kampungnya di Moshah dalam wilayah Assyut di hulu Mesir. Beliau dilahirkan daripada rahim seorang muslimah yang menyintaiAl Quran. Ayahnya sangat mementingkan soal agama dan telah memberikan pengaruh kehidupan beragama yang sangat besar terhadap Syed Qutb kemudiannya.Oleh kerana asuhan keluarganya yang menitik beratkan pendidikan Al-Quran, maka Syed Qutb semenjak kecil lagi telah mengahafal Al-Quran dan beliau telah menghabiskan hafalannya ketika berusia 10 tahun. Dalam usianya 14 tahun, beliau telah berangkat ke Kaherah untuk menyambung pelajarannya dan beliau mendapat pendidikan tinggi di Darul Ulum. Beliau mengambil kursus-kursus Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Ulum Al-Syariah, Sejarah dan Ilmu Pendidikan ( keduanya sedang saya dalami di IPG utara tanah air). Pada tahun 1933, Syed Qutb telah berjaya menamatkan pendidikannya di Darul Ulum dengan mendapat Ijazah sarjana Muda & Diploma Pendidikan.

Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai guru di Bani Suif dan telah menceburi bidang kesusasteraan kerana minat beliau dalam bidang ini begitu mendalam. Syed Qutb adalah seorang penulis yang prolifik. Selain daripada menulis tentang tafsir Al-Quran, beliau telah mengarang sebanyak 24 buah buku serta banyak menyumbang karya-karyanya kepada majalah terutama majalah Ar-Risalah. Syed Qutb pernah dihantar oleh Kerajaan Mesir ke Amarika Syarikat untuk mengkaji sistem pendidikan tinggi di sana. Kehidupannya di Amarika walaupun singkat, telah memberi Syed Qutb beberapa pengalaman hidup dan pengajaran yang sangat penting seperti melihat prejudis kaum yang dahsyat di Amerika dan juga sokongan Amerika kepada penubuhan Israel yang cukup menyentuh perasaan Syed Qutb.

Kebejatan nilai dan keruntuhan akhlak serta tamadun kebendaan masyarakat Barat telah memberikan Syed Qutb satu pandangan semula tentang paradigma perjuangan, beliau merasa mual dengan tamadun Barat yang kosong spiritual. Beliau mula rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Imam Hassan Al-Banna. Syed Qutb telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai pendidikan apabila balik semula ke Mesir dan telah menyetai Ikhwanul Muslimin. Di awal penggabungannya dengan Ikhwan, sesuai dengan bakat dan kebolehannya dalam penulisan, beliau telah banyak menulis topik-topik berkaitan dengan Islam serta membandingkan dengan Ideologi-ideologi seperti komunis, sekular, fahaman kebangsaan dan kapitalisme. Beliau telah memperkenalkan Islam sebagai alternatif kepada kegagalan ideologi dan tamadun Barat.

Syed Qutb telah ditahan bersama-sama dengan ahli-ahli Ikhwan yang lain termasuk Zainab al Ghazali, Fattah ismail, Hamidah Qutb, Kamal saniri pada tahun 1954 apabila telah dituduh merancang untuk membunuh Gamal Abdul Nasser dan ternyata tuduhan ini adalah sangat jahat untuk menghalalkan kejahatan regim Mesir. Beliau telah dibicarakan dan telah dijatuhkan hukuman penjara dengan kerja berat selama 15 tahun. Dalam penjara inilah beliau telah menghasilkan karangannya tentang tafsir Al-Quran dan beberapa buah buku lain. Penjara tidak pernah mematahkan daya juang dan semangat yang ada pada dirinya untuk menyatakan kebenaran, jeriji penjara adalah nyanyian bisu yang melantunkan api semangat dan pencerahan. Setelah 10 tahun di dalam penjara, Abdul A’rif Al-Salam iaitu Presiden Iraq telah merayu kepada Gamal Abdul Nasser untuk membebaskan Syed Qutb dan beliau telah dibebaskan.

Beliau tidak serik untuk berdakwah dan meninta ilmu untuk mencerahkan akal manusia terutama beliau adalah ikon kepada aktivis muda Ikhwanul Muslimin. Regim Mesir dengan seluruh kekuatan aparat keamanan sentiasa mengintai pergerakan beliau dan teman-temannya.

Syed Qutb sekali lagi ditahan iaitu tidak sempat setahun setengah daripada tahun pembebasannya sebelum itu. Kali ini bukan untuk menerima hukuman penjara tetapi hukuman gantung sampai mati bersama-sama dengan 2 orang rakannya yang lain. 29 Ogos 1966 , menyaksikan kesaksian sebuah ikrar perjuangan sang mujahid dakwah, beliau tidak mahu merayu diatas hukuman yang telah dijatuhkan. ‘Kezaliman walau sekuat manapun akan hancur’ ujar Syed Qutb berpesan kepada kita semua, ‘ kebenaran walaupun kelihatan lemah namun ia akan muncul’ . Semboyan kebenaran akan terus memekik dan mencabar kezaliman thaghut di sepanjang zaman.



Begitulah kisahnya as-syahid Sayyid Qutb. As-Sayyid saya angkat sebagai cita-cita. Beliau yang bergelar Al-fadhil Dr. Nazmi b Desa saya angkat juga sebagai cita-cita. DIA CITA-CITA SAYA!!
                                                              as-syahid  Sayiid Qutb

                            Dr. Nazmi b Desa(bersongkok) dalam Majlis Pengumuman ke Ghaza, Palestin

Tuesday, September 28, 2010

Cerita Pilihan Raya Kampus dari Facebook..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang


Hari ini sebaik sahaja saya buka laman sesawang mukabuku, ada sesuatu yg menarik perhatian saya sebagai seorang warga kampus. Imej pemberitahuan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kampus IPG Kampus Ipoh tertera pada Profile picture seorang sahabat yang baru saya kenali ketika menjalani program School Base Experience di Sek. Keb. Bt 7, Kuala Woh Perak.Pelik tapi benar, itulah dunia IPG. Pilihan Raya kampusnya tidak punya musim khusus sebaliknya bergantung pada keadaan. Hasilnya jadilah rojak yang bukan rojak. Banyak perkara yg suka saya kongsikan berkaitan proses PRK sebenarnya. Bermula saat pembubaran kabinet J/MPP hinggalah proses memberi khidmat. Macam-macam cerita ada. Kali ini saya kongsikan apa yg sempat saya luahkan di ruang sesawang facebook saya. Terpulanglah untuk kita semua menilai. Untuk membaca klik sini

                                          

Saturday, September 25, 2010

Kata Orang dulu-dulu..di Seminar Masalah Kemerosotan Akhlak & Moral

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang


tett..

Kalu nak p, seminar Kat dwn Hjh rhani,pkul 8 kot

Sender:
2.na***
+60132796 ***

Sent:
07:40:14
25-Sept-2010





Ringkas sahaja mesej yang saya terima pada awal pagi  tadi. Namun apa yang bakal berlaku kesinambungan dari mesej tersebut tidak seringkas yang disangka. Jemputan secara tidak sengaja oleh seorang sahabat ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

Seminar bosan doe! Ada makan free tak? Kena bayar ke? Lafaz mutlak yang acapkali singgah sebagai halwa telinga ini bilamana tawaran menghadiri seminar saya ajukan kepada rakan-rakan.Tetapi tidak bagi saya yang sememangnya mudah muak duduk di lecture hall (Wah!) mendengar kuliah dari pensyarah. Hakikatnya ia bukanlah alasan untuk saya mengikuti seminar ataupun pembentangan kertas kerja sebaliknya ingin mencari kelainan dalam proses berkhidmat sebagai khadam kepada segala macam ilmu. Satu perkara lagi saya sebenarnya mengimpikan untuk berada di pentas sebagai pembentang kertas kerja juga. Maka ilmu membentang perlu saya dalami terlebih dahulu. Lebih menarik  lagi seminar yang dianjurkan berkaitan dunia perguruan dan pendidikan.

                 ________________________________________________________

Dipersilakan pembentang seterusnya iaitu Saudara Nizal Mohammad, Aktivis Sosial yang merupakan Mantan Personaliti TV3, Mantan Pengacara Jejak Rasul dan Malaysia Hari Ini.




Satu demi satu hujah dikemukakan beliau. Segalanya menyentuh perihal peranan teachers or educators dalam mengenalpasti akar permasalahan soSIAL remaja. Sebaik selesai sesi pembentangan sampai kepada detik yang sangat ditakuti oleh kebanyakan pembentang amatur tetapi tidak bagi seorang intelek apatah lagi personaliti penyiaran iaitu  sesi Q&A. Seorang demi seorang peserta seminar mengemukakan soalan. Setelah keadaan agak(terlampau) tenang saya bangun mengemukakan persoalan ringkas yang saya nanti-nantikan jawapan dari individu yang bernama Nizal Mohamad ini.

"Bagaimana kita mahu mengatasi persepsi masyarakat yang sering memandang rendah kredebiliti guru muda yang bersemangat mahu merubah bangsa dan negara? "

Dengan penuh ketenangan beliau memetik kata-kata seorang mantan kipas politik tanah air "Saya tidak akan memandang pimpinan muda sebagai lemah kerana mereka punya pengalaman berbeza, tetapi pimpinan ini seharusnya tidak mengenepikan pimpinan lama". Apa yang beliau cuba kupas disini bagi menjawab persoalan saya ialah sebagai seorang guru seharusnya saya tidak cepat melatah dengan kerenah masyarakat dan jangan berlagak sombong dengan idea yang ada sebaliknya menuntutlah dengan orang lama yang punya pengalaman jauh apabila berada digelanggang. Dalam bahasa mudahnya sebagai orang muda sekiranya kita mahu mengatasi rintangan dan halangan hendaklah kita   mengambil pengalaman orang dulu-dulu. Kerana apa? kerana yang lama jangan disangka buruk yang baru jangan disangka baik. Diakhir kata  ketika menjawab persoalan saya saudara Nizal dengan tenangnya membacakan madah dipetik dari kata orang dulu-dulu.

Apa tanda manusia jati               Berkerja keras dimanapun jadi
Apa tanda menusia bertuah        Berkerja tidak bercabang lidah
Apa tanda manusia beradat       Menghadapi kerja hatiinya bulat
Apa tanda manusia pilihan         Berkerja tekun dijalan tuhan
Apa tanda manusia beradab      Dalam berkerja penuh tangunggugjawab
Mencari ilmu buangkan jemu     Mencari tahu buangkanlah malu..
Ini pesan orang dulu-dulu....
                                
               ______________________________________________________

Sangat menarik seminar kali ini. Selain para pembentang yang terdiri daripada profesional pelbagai bidang seperti Al-Fadhil Ust Mohd Rafidzi Zainal Abidin (Jab. Pelajaran. Perlis), Saudara Nizal Mohamad (Aktivis Sosial dan Mantan Personaliti TV3) dan Prof Madya Dr. Abd. Aziz Hj Yahya ( Dekan Syariah Kolej Universiti Insaniah) pengisian program yang pelbagai oleh pihak pengajur Jab. Penghayatan Islam & Moral (JAPIM) Inst. Pend. Guru Kampus Tuanku Bainun P.Pinang amat tepat pada masanya.

                                      
                                    Penulis, Sdra Nizal Mohamad & sebahagian keluarga JAPIM





Pada saya, kalau nak mengatasi masalah kerosakan akhlak & moral  ingat KATA ORANG DULU-DULU!

                                                       

Sunday, September 19, 2010

Perihal Raya : Berbudayakah kita? Bahagian 2

Adab Kena Jaga

sambungan..

Malam menginjak detiknya kepada jam 11.00. Masih terdapat kira-kira sepuluh buah rumah belum saya bersama-sama rombomngan surau melakukan kunjungan untuk bertakbir. Jam 11.15 malam, tiba giliran rumah salah seorang Tuan Imam surau Al-Falah. Kunjungan ke rumah beliau memang saya nantikan bukan untuk bertanya khabar sebaliknya menanti hidangan Mee Goreng Mamak. Ya, selalunya di bulan mulia Syawal khalayak mencari lemang, ketupat, lontong dan pelbagai jenis makanan yang tidak terdapat dibulan lain namun selera saya lain dari yang lain. Memang sudah menjadi tradisi rumah Tuan Imam tadi akan menyediakan Mee Goreng Mamak. Saya yang sejak dari tadi mengosongkan "tangki" amat teruja. Sebaik kaki melangkah masuk ke rumah Tuan Imam Alhamdulillah tepat jangkaan saya. Mee Goreng Mamak! I Like..haha. Setelah  "membantai" juadah yang tersedia seperti biasa bagun Tuan Imam untuk menyampaikan sepatah dua kata. Begitulah budayanya. Tuan rumah akan menyampai sepatah dua kata memohon ampun dan maaf kepada rombongan surau mewakili keseluruhan penduduk kampung setelah rombongan menjamah juadah yang disediakan.

"Saya sebagai tuan rumah mewakili seisi keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin sekiranya ada yang terlanjur kepada seluruh penduduk"

Begitulah skrip yang biasa saya dengar sejak saya mula menyertai rombongan tersebut. Akan tetapi seakan ada kelainan yang berlaku dirumah Tuan Imam. Sempat beliau memberi nasihat kepada kamipara remaja dan kanak-kanak yang menyertai rombongan.

"Sekalipun kita menaiki motor besar, kereta besar dan segalanya besar jangan kita berlagak sombong. Hormatilah orang tua, mereka tidak minta kita tunduk memberi penghormatan tetapi cukup sekadar menyampaikan kuntuman senyuman".

Ringkas tetapi cukup bermakna kepada saya. Kerana apa? perihal hormat-menghormati dan sifat sombong sebenarnya bermula dengan perbahasan yang cukup tinggi kalau kita rajin mencari, ia berkenaan dengan adab. Saya bawakan satu dalil disini (pohon perbetulkan sekiranya salah).

Tidaklah Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul selain daripada menyempurnakan adab manusia.


Sekiranya kita telusuri dengan sedalam-dalamnya perihal adab bukanlah perihal picisan semata-mata. Sebagai huraian saya mohon anda klik  sini.

*sila rujuk ustaz/ustazah jika ada kekeliruan

Subhanallah, beradabkah saya?. Teringat saya takrifan ketamadunan oleh Sarjana Islam Ibnu Khaldun. Beliau memandang tamadun itu berdiri apabila sesuatu negara itu bukan sahaja membangun dari aspek zahiriah semata (pembangunan fizikal, banggunan cakaran langit dll) sebaliknya merangkumi aspek rohaniah juga. Manusia yang mendiami ketamadunan tersebut kaya dengan adab tatasusila. Pada hemat saya Ibnu Khaldun cuba menyatakan bahawa pembangunan rohaniah itu seakan sebati dalam pembudayaan jati diri mereka. Begitu jugalah pendapat yang dinyatakan oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas. Sangat panjang lebar perihal adab ini.InsyaAllah berkesempatan  saya kongsikan dalam kupasan khas.

12.58 malam, sampai giliran rumah terakhir untuk saya dan rombongan surau melaungkan takbir. Ziarah singkat diiring laungan takbir memuji kebesaran Allah SWT pada malam 1 Syawal melabuhkan tirainya. Menarikkah penulisan saya ini? mungkin ya dan mungkin tidak untuk sesetengah orang. Namun apa yang pasti saya ingin berkongsi perihal raya saya pada malam 1 Syawal di Kampung kediaman saya serta keluarga. Ya, ziarah-menziarahi melaungkan takbir! Itulah warisan kebudayaan di kampungku tercinta. Bilang orang tua-tua budaya kunjung-mengunjung ini harus kita teruskan. Kalau ditinggalkan BERBUDAYAKAH KITA? 

Sunday, September 12, 2010

Perihal Raya : Berbudayakah kita? Bahagian 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Maka tamatlah kisah riwayat Ramadhan 1431 hijrah. Klasik betul permulaan bicara mata pena kali ini. Mungkin kerana sejak akhir-akhir ini saya merasakan yang lama (tak kisah la klasik ke retro ke season ke) lebih baik dari yang baru. Bukan hendak menafikan yang baru (moden boleh juga) itu baik akan tetapi alam telah menyaksikan segala-galanya. Sejarahpun sudah menjadi bukti bahawa tiap yang lama itu lebih baik dari yang baru. Saya tinggalkan dulu perbahasan lama dan baru ini mungkin untuk penulisan akan datang.



Cerita rayaku

Alhamdulillah, hari ini umat islam sekali lagi dikurniakan Allah taala untuk menikmati kemenangan dibulan syawal (sekalipun ada yang telah pergi). Sebulan lamanya memburu Piala Ketaqwaan akhirnya temasya ibadah ini berakhir. Berakhirkah? moga-moga Allah swt mengurniakan semangat ramadhan yang tidak berpenghujung ke atasku. Seperti kebiasaannya saya dan keluarga akan meraikan syawal yang pertama di rumah kediaman. Selepas solat aidilfitri baru pulang ke kampung sebelah abah di Tapah kemudian selepas asarnya terus ke kampung sebelah emak di Manjoi. Ye, saya rakyat PERAK!! (terpaksa tulis juga sebab ada yang keliru dengan pertuturan saya). Tradisi turun-temurun surau kawasan perumahan saya (Al-Falah namanya) malam 1 syawal kami masyarakat kampung akan buat roadtour rumah ke rumah melaungkan takbir tanda ketibaan syawal. Oleh kerana kawasan yang luas terpaksa AJK surau bahagi kepada empat kumpulan untuk bertakbir. Sebagai perantau (Wah!) saya tidak melepaskan peluang untuk turut bersama. Bila lagi peluang untuk saya mengenali tetangga kalau bukan dibulan syawal. Maklumlah dibulan lain SIBUK  dengan rutin sebagai seorang Guru Pelatih.

Yang lainnya untuk syawal kali ini rumah saya telah dipilih sebagai rumah pertama untuk dikunjungi rombongan surau. Agak kelam-kabut dibuatnya. Manakan tidak semua ahli keluarga saya mengerjakan solat isya' di surau. Terpaksa berlari balik ke rumah menyediakan juadah. Walaupun hasilnya tidak seberapa, tetapi kelihatannya rombongan gembira.

Kisah tetangga

Seperti telah saya katakan dibulan yang mulia ini saya banyak gunakan peluang untuk kembali berkenalan dengan tetangga. Bila sudah berkenalan banyaklah kisah yang diborakkan. Yang menariknya secara sedar atau tidak saya  sebenarnya sedang belajar menyelami kehidupan. Kisah manusia pelbagai ragam dan tabiat saya perhati, dengari dan hayati. Memang saya tidak nafikan bunyinya macam suka dengar orang mengumpat tapi inilah peluang untuk remaja seusia saya ini mengenal kehidupan. Kisah tetangga yang  ditipu, ditimpa musibah dan sebagainya( saya kehilangan kenalan yang saya gelar samseng suatu ketika dulu akibat kemalangan jalan raya pada bulan ramadhan nie Al-Fatihah) boleh dijadikan tauladan. Mungkin ada yang tidak suka dengan kenyataan saya kata mereka buat apa jaga tepi kain orang? Pada saya ia bukan soal jaga tepi kain orang sebaliknya mengambil iktibar dari kisah orang. Bukankah seharusnya kita begitu?. 

Adab kena jaga


"Jom, siap beraya! " Seakan kenal laungan suara itu.
Nantikan Perihal Raya: Berbudayakah kita ? Bahagian 2. InsyaAllah kandungannya berat sikit.

Wednesday, September 8, 2010

tak ada nama lain ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang

Saat khalayak umat Islam sibuk membuat persiapan hari raya aidilfitri saya pula terkial-kial belajar membuat sesawang 'dari mata pena' ini. Tak mengapalah mungkin ada sesuatu disebaliknya. Sebagai muslim yang sedang mencari arah menuju kepada-Nya saya tidak dapat lari untuk mengejar waktu tatkala Ramadhan berada dipenghujung untuk "topup" ibadah. Tapi biasalah( mungkin sesetengah orang tidak) waktu sibuk-sibuk jemaah lain berselawat keatas kekasih hati Muhammad s.a.w sebagai seruan solat terawikh fikiran saya terbang melayang.....

inijalanku ustaz halim dh guna, apa yang sesuai agaknya?. Dari hati kecil seakan jiwang bunyinya, Dari mata hati? layakkah? Kenapa mesti ada perkataan hati pula? tak lain obses dengan tarbiah yang diterima la tu. Nanti-nanti sampai masa datang ilham agaknya.

"lurus dan rapatkan saf", Imam Surau Al-falah (sikit bangga dengan surau punya pendingin hawa nie)

Dari Mata Pena

Kebetulan dan dengan perancangannya saya putuskan ia sebagai "brand" sesawang saya ini. Kenapa agaknya?
"Dari Mata Pena" menggabungkan tiga patah kata yang tiap satunya punya pengertian yang cukup mendalam pada saya. Ia mungkin lafaz lazim bagi ahli sastera malangnya sudut pandang saya barangkali bertentangan.

Patah kata "Dari" sinonim menuntut kita memahami asal-usul akan sesuatu. Begitulah jua manusia. Dicipta seterusnya dilahirkan dimuka bumi ini kerana ada usulnya. Teringat saya ketika mula-mula saya membuka bicara dengan Tn. Hj Razali (Orang kuat Gabungan Pondok-Pondok Malaysia) sekwatu Daurah di Lata Celak, Kedah. "Bagaimana perjalanan ustaz DARI tadi?" saya bertanya. Dengan penuh ketenangan beliau menjawab "Perjalanan saya belum sampai dari-Nya menuju kepada-Nya". Tersentak hati ini mendengar jawapan beliau. Ia berkenaan DARI.

Mata, Kenapa mata bukan telinga bukan mulut bukan tangan atau bukan jari? Kisah cinta muda mudi pun bermula dengan mata. Bukankah kata orang dari mata turun ke hati. Sheikh Abdul Qadir Al-Mandeli didalam kitab Penawar Bagi Hati pun memulakan bicaranya dengan Mata. Maka pada saya apa salahnya saya kalau ia saya gunakan? Kalau zaman "kolonial reformasi 98' " dulu popular sungguh frasa "Dari Kerana Mata". Sampaikan mahkamah pun turut kena tempiasnya ( peminat politik faham kot). Walau apa pun perihal mata, pada saya ia mewakili pandangan. Dengan mata kita dapat melihat, dengan mata secara sedar atau tidak kita mula menafsir. Dan dengan mata pandangan tapi dikisar menjadi idea, buah fikiran, emosi dan sebagainya, maka mata segalanya bermula pada saya. Tapi macam mana orang buta? Jawapan saya bukankah mereka melihat dengan MATA hati?

Pena atau pen? Dewan Bahasa dan Pustaka ada jawapannya..haha. Sebenarnya suka saya bawa mafhum ayat suci Al-Quran:

yang mengajar (manusia) dengan perantaran "qalam" [ al-Aalaq': 4]

Sekiranya rajin boleh cari tafsiran(pohon mendalami perbahasan) berkenaan ayat tersebut. Bagi yang telah berkesempatan bertemu dengan Habib Hassan Al-Attas, Imam Masjid Ba'alawi S'pore di IPG Kampus Tuanku Bainun dahulu beliau ada menyentuhnya secara tidak langsung. Selain itu juga suka saya memetik ungkapan cerdik pandai barat yang saya ambil dari buku Nahdoh Kebangkitan Asia karangan Anwar Ibrahim yang maknanya lebih kurang tidak adapun sebatang mata pena itu mampu mengalahkan beribu mata senjata. Begitu mendalam maksudnya. Pada saya tidak dapat dinafikan akan peripentingnya Pena. Atas dasar itu saya ambil untuk ia menjadi sebahagian dari hidup saya.

Bila direnungkan kembali hebatnya(pada saya) ungkapan Dari Mata Pena. Mampukah saya memikulnya? moga Allah memudahkan bagiku segala urusanku.

Begitulah kisahnya DARI MATA PENA.....

Monday, September 6, 2010

Buka gelanggang..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Selawat dan salam ku panjatkan buat junjungan besar Muhammad s.a.w,  kekasih kepada Penciptanya. Ampunkanlah dosaku, kedua ibubapa ku, ahli keluargaku, guru-guru ku, teman impian hatiku, sahabat-sahabatku serta seluruh muslimin dan muslimat. Sesungguhnya  aku memohon kekuatan jua bimbingan  agar apa yg aku lakukan ini hanyasanya atas nama menjulang kalimahMu. Jangan Kau biarkan aku sekalipun sedetik tempoh waktunya. Jadikanlah apa yg ku lakukan ini ilmu yg bermanfaat kpd ummah, hindarilah ia dari memudaratkan ummah. amin..

Sekadar memenuhi hajat sahabat juga diri saya gagahi utk mewujudkan sesawang ini. Tidaklah punya tujuan lain melainkan sebagai ruangan perkongsian ilmu yg tidak seberapa disamping meluahkan rasa. Dengan penuh rasa rendah diri( mmg rendah pun) kelemahan yg ada minta dikongsikan bersama. Moga ia mendatangkan manfaat untuk kita bersama.

Dari Mata Pena
Jamal Abdillah 

Dari mata penaku
Ku luahkan rindu
Dalam warkah biru
Impian mengunjung

Dari mata penaku
Dapatkah Kau baca
Sejuta maknanya

Maafkanlah daku
Andai kaku dalam menyusun bahasa
Ungkapan kata
Kiranya bersimpang dari makna

Inginku nyatakan segalanya
Setiap detik rasa
Agar Kau mengerti semua isi
Yang dalam tersembunyi
Semoga warkahku bagaikan cahaya
Menerangi hatiku yang pudar

Dari mata penaku
Dengarkanlah suara
Hati yang menyinta

Dari mata penaku
Kuluahkan rasa
Dalam warkah biru
Kasih untukMu

salam pembuka gelanggang...